FEQAH

PELAJARAN FEQAH

KEPENTINGAN PELAJARAN FEQAH

# Menimbulkan rasa gemar melaksanakan ibadah ke dalam diri
# membersihkan rohani dan hati
# memberi ketenangan fikiran hati dan jiwa

BAB NAJIS


Bahagian-bahagian najis:
S: Berapakah bahagian najis?
J: Najis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:





1.Najis Mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).

2.Najis Mughallazah
Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.

3.Najis Mutawasitah
Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu:
• Setiap yang cecair yang memabukkan
• Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
• Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.
• Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.

CARA-CARA MENYUCI NAJIS

S: Bagaimana cara bersuci daripada najis tersebut?
J: Cara untuk menyucikan najis ialah:


1.Najis Mukhaffafah
Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.




2.Najis Mughallazah
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.
Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.




3.Najis Mutawasitah
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya).Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang.
Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.

________________________________________________________________________________

LAFAZ NIAT SOLAT FARDHU





Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :

i) Niat solat subuh

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”


ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”


iii) Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”


iv) Niat solat Maghrib

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”


v) Niat Solat Isya`

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.